• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

1,950 Mangsa Banjir Dungun Terima RM1,000

DUNGUN, 31 Mac- Seramai 1,950 Ketua Isi Rumah (KIR) mangsa banjir di Dungun menerima bantuan banjir bernilai RM1,000 daripada kerajaan negeri semalam.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Dungun, Kapten (PA) Ahmad Kamal Hakim Ngah berkata, bantuan daripada itu melibatkan mangsa banjir di empat mukim.

" Agihan selama dua hari berturut-turut ini, iaitu sejak Rabu melibatkan mangsa banjir di Mukim Besol dan Kuala Jengal, manakala hari ini (Khamis) mangsa banjir dalam Mukim Abang dan Jerangau," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Dewan Arena Merdeka di sini pada Khamis.

Menurut Ahmad Kamal bantuan tersebut hanya untuk mereka yang terjejas banjir sahaja. 

"Kepada yang tidak terjejas ataupun tidak menepati syarat dinasihatkan tidak mendaftar kerana bantuan ini disalurkan untuk mereka yang terjejas banjir," ujarnya lagi. 

Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun yang berterima kasih atas kecaknaan kerajaan negeri kepada mangsa-mangsa banjir.

"Hari ini sebahagian mangsa telah menerima dana bantuan banjir, walaupun bantuan ini mungkin tidak setimpal dengan kerosakan yang ditanggung tetapi diharapkan agar ia dapat menampung sedikit bebanan yang ada.

"Musibah banjir yang berlaku adalah sedikit daripada ujian Allah jika dibandingkan dengan nikmat-nikmatNya kepada kita," katanya lagi. 


Tag: