• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

1,950 Terima Bantuan Persekolahan Di DUN Rhu Rendang

Oleh: Fatimah Din 

Foto: Aslam Wira & Tengku Muhamad Zaidi

MARANG, 23 Februari- Seramai 1,950 orang menerima bantuan persekolahan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang. 

Pengarah Pusat Khidmat DUN berkenaan, Hassan Awandi berkata, pemberian bantuan tersebut oleh kerajaan bertujuan meringankan beban ibu bapa.

"Kita beri pada yang layak sahaja untuk menjadi penerima. Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak memberi keceriaan kepada para pelajar dan ibu bapa penerima,"  ujarnya. 

Sumbangan bantuan tersebut disempurnakan Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang di Dewan Komuniti Medan Jaya, disini.

Antara JPKK yang terlibat termasuk JPKK Rusila, JPKK Gong Kapas dan JPKK Medan Jaya dan JPKK Medan Jaya 1.

Sementara itu , seorang bapa penerima Tengku Muhammad Zaidi Tengku Abdul Jalil, 44, menzahirkan kesyukuran atas bantuan tersebut. 

 "Alhamdulillah, rezeki anak, ujarnya. 


Tag: