• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

200 Bakul Makanan Buat Mangsa Banjir Hulu Besut

BESUT, 9 MAC - Sebanyak 200 bakul makanan diagihkan sekitar lima buah Jabatan Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) sekitar Hulu Besut yang terjejas teruk akibat banjir, baru-baru ini.

Penyelaras Parlimen Besut, Dr. Riduan Mohamad Nor yang baru pulih dari jangkitan COVID-19 mengambil peluang menyantuni mangsa-mangsa banjir dengan antara JPKK yang terjejas ialah Kampung Keruak,Pak Sik,Bela Oh,PPRT Bela Oh dan Felcra Keruak.

"Sebelum-sebelum ini, wakil (Pejabat Penyelaras Parlimen) sudah pun turun kelapangan-lapangan sekitar Besut untuk membantu dan menghantar sumbangan.

"Alhamdulillah, hari ini saya sendiri berpeluang turun kelapangan bertemu mangsa-mangsa terjejas", katanya.

Agihan tersebut turut dibantu agensi bukan kerajaan (NGO) Kelab Pacuan Empat Roda Malaysia yang dikenali dengan nama "Republic Of 4x4" dan Muslim Care Malaysia.

 

 


Tag: