• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

200 Kanak-Kanak Sertai Khatan Perdana

BESUT, 30 November- Seramai 200 orang kanak-kanak menyertai Program Khatan Perdana anjuran Pejabat Penyelaras Parlimen Besut yang diadakan di Kompleks Tahfiz Annur.

Penyelaras Parlimen Besut, Dr. Riduan Mohamad Nor berkata, seramai tujuh orang doktor menawarkan khodmat pada program yang berlangsung selama dua hari itu.

"Alhamdulillah,dalam keadaan serba kekurangan dan kekangan akibat COVID-19 kami dari Pejabat Penyelaras Parlimen Besut berjaya menganjurkan Khatan Perdana Peringkat Parlimen.

"Terima kasih buat semua yang telah menjayakan program ini terutama para medik dari Papisma,MediCom dan agensi bukan kerajaan (NGO) yang bertungkus lumus memandangkan program kali ini tidak mudah seperti sebelumnya kerana perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan," ujarnya.

Katanya,prgram khatan perdana diadakan setiap tahun bertujuan untuk menolong warga Besut khususnya yang kurang berkemampuan ditambah pula sekarang ramai yang terkesan dengan COVID-19.

"Program ini juga diselitkan dengan rawatan kesihatan dan rawatan pergigian untuk kanak-kanak secara percuma bagi peserta dan pengiring yang hadir. Dengan cara ini sedikit sebanyak dapat membantu masyarakat yang terjejas," ujarnya.


Tag: