lightning-solid
Berita :
200 Pelajar Terima Sumbangan Barangan Sekolah di DUN Ajil
200 Pelajar Terima Sumbangan Barangan Sekolah di DUN Ajil
Rohayati Ripin
07 Jan 26
70

KUALA TERENGGANU, 7 Januari — Seramai 200 orang pelajar dari keluarga kurang berkemampuan menerima sumbangan barangan sekolah sempena Program Back to School DUN Ajil, sebagai persediaan menghadapi sesi persekolahan baharu.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita Dan Keluarga Dan Perpaduan Nasional, Maliaman Kassim berkata, program berkenaan bukan sekadar menyampaikan bantuan barangan sekolah, malah membawa mesej keprihatinan dan tanggungjawab bersama dalam memastikan tiada anak yang tercicir daripada arus pendidikan.

“Alhamdulillah, sumbangan ini diharap dapat meringankan beban keluarga yang memerlukan dan menjadi dorongan awal kepada anak-anak untuk memulakan sesi persekolahan dengan hati yang gembira dan penuh keyakinan,” jelasnya.

WhatsApp Image 2026-01-07 at 4.40.17 PM (2).jpeg 225.32 KB
Beliau berkata demikian ketika dihubungi  pihak media hari ini.

Menurut Maliaman, pendidikan merupakan asas pembinaan insan dan tunjang kekuatan masa depan masyarakat.

Justeru itu, katanya,  sokongan moral dan material perlu digerakkan seiring bagi membentuk generasi yang seimbang dari segi ilmu, akhlak dan jati diri.

“Anak-anak ini adalah amanah Allah dan aset ummah. Setiap langkah kecil membantu mereka hari ini adalah benih kepada kejayaan yang lebih besar pada masa hadapan,” ujarnya.

WhatsApp Image 2026-01-07 at 4.40.17 PM.jpeg 147.6 KB
Maliaman turut mengingatkan bahawa budaya saling membantu dan prihatin terhadap kebajikan sesama masyarakat perlu terus disuburkan, selaras dengan tuntutan Islam yang menekankan nilai kasih sayang, keadilan dan tanggungjawab sosial.

“Semoga usaha kecil ini menjadi asbab lahirnya generasi berilmu, beradab dan berbakti, seterusnya menyumbang kepada kesejahteraan agama, bangsa dan negara,” katanya.


Tag :

Artikel Berkaitan