• 19 Mei 2024 | 11 Zulkaedah 1445

200 Peserta Sertai Projek Tanaman Betik Manis Hybird



Wan Hapandi ( kanan ) menyampaikan ucapan pada majlis tersebut.

Seramai 200 orang peserta telah menyertai projek Tanaman Betik Manis Hybrid yang diadakan di Surau Haji Wan Ismail, disini, hari ini.

Projek  yang pertama kali diperkenalkan itu dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN ) kawasan Sura,  Wan Hapandi Wan Nik.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah pencetus projek tanaman itu,  Shaari Awang dan Pengerusi J3K cawangan Jalan Melati  Azahar Mohammad.

Wan Hapandi berkata,  projek tanaman terbabit yang diseliakan oleh Jabatan Pertanian daerah itu mendapat permintaan  yang tinggi daripada pengemar.

" Peserta yang terpilih terdiri daripada penduduk Kampung Batu 48, Sura Jeti, Sura Hujung, Jalan Melati dan Sura Tengah "katanya.

Antara peserta yang terpilih hadir pada perasmian tersebut.

Wan Hapandi berkata, buat permulaan projek ini,  sebanyak 1,000 biji benih betik Hybrid akan diagihkan kepada peserta yang terpilih.

Katanya,  atas permintaan yang tinggi itu,  beliau percaya peserta tanaman betik terbabit mampu menjana pendapatan yang menguntungkan.

 "Pertanian pada masa sekarang merupakan salah satu bidang yang dapat menjana pendapatan yang lumayan sekiranya di lakukan dengan cara yang teratur," katanya.

 Menurut Wan Hapandi, peserta  akan dibimbing beberapa agensi kerajaan seperti Jabatan Pertanian,  Pertubuhan Peladang dan sebagainya.

Katanya, peserta akan diberi bimbingan dari segi pengurusan tanaman seperti cara penjagaan tanaman dengan cara yang betul, teknik meningkatkan hasil tanaman dan sebagainya.

 " Jabatan Pertanian mempunyai kepakaran dalam teknologi tanaman dan peserta yang mengikuti kursus ini dianggap antara yang betuah dan peluang sebegini perlu direbut," katanya.

 Katanya, bidang pertanian merupakan  salah satu bidang yang mula mendapat perhatian di kalangan masyarakat dan golongan muda khususnya dan ianya merupakan satu perkembangan yang baik yang perlu direbut oleh semua.

"Kerjaya bercucuk tanam bukan sahaja mendatangkan hasil yang baik malah ia menyihatkan tubuh badan, "katanya.



Tag: