lightning-solid
Berita :
240 Murid SRIDI Terengganu Buktikan Kecergasan Fizikal Melalui Merentas Desa
240 Murid SRIDI Terengganu Buktikan Kecergasan Fizikal Melalui Merentas Desa
Wan Mohammad Omar Ajmain
16 jam yang lepas
187

HULU TERENGGANU, 10 Februari – Institusi Sekolah Rendah Integrasi Darul Iman (SRIDI) terus membuktikan peranannya bukan sekadar pusat kecemerlangan akademik dan agama, malah menjadi wadah melahirkan generasi yang cergas menerusi penganjuran Program Merentas Desa SRIDI Peringkat Negeri Terengganu, hari ini.

Program yang berlangsung di Taman Rekreasi Kuala Berang itu melibatkan penyertaan seramai 240 orang murid terpilih mewakili 12 buah cawangan SRIDI dari seluruh pelosok negeri. 

Penganjuran tersebut merupakan manifestasi kepada hasrat Kerajaan Negeri dalam memastikan sistem pendidikan di bawah seliaannya melahirkan modal insan yang seimbang dari sudut jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI).

WhatsApp Image 2026-02-10 at 1.51.05 PM.jpeg 216.18 KB
Keputusan rasmi bagi kategori lelaki menyaksikan dominasi hebat daripada SRIDI Pengkalan Berangan apabila wakilnya, Raja Muhammad Hafiy Raja Saidi, muncul sebagai juara selepas menamatkan trek larian sejauh 4.8 kilometer (km). 

Beliau berjaya mengatasi persaingan sengit daripada Muhammad Firas Fayyad  Mohd Faiz dari SRIDI Paka yang menduduki tempat kedua.

Tempat ketiga disandang oleh wakil tuan rumah, Muqri Ulinnuha  Mustapha Sabri dari SRIDI Kuala Berang. 

Melengkapkan senarai lima terbaik ialah Abdullah Azzam  Muhaimin dari SRIDI Buluh Gading di kedudukan keempat dan Muhammad Syamil Amri Mohd Alizi dari SRIDI Pengkalan Berangan di tempat kelima.

WhatsApp Image 2026-02-10 at 1.51.05 PM (1).jpeg 184.62 KB
Selain memburu kejuaraan, kejohanan ini turut menjadi platform memperkukuhkan ukhuwah antara guru-guru dan murid-murid dari pelbagai daerah. 

Semangat kebersamaan dalam kesukanan yang ditunjukkan ini selari dengan misi Terengganu Maju, Berkat, Sejahtera dalam membentuk masyarakat yang bersatu padu bermula dari peringkat sekolah rendah lagi.


Artikel Berkaitan