• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

KEMAMAN, 7 Disember - Seramai 250 orang warga India diraikan dalam satu majlis yang berlangsung di Gelanggang Futsal Jabor Perasing semalam.

Pegawai Khas Hal Ehwal Bukan Islam Menteri Besar Terengganu, Dr. Balachandran G Krishnan gembira atas pelaksanaan program itu yang mampu mengukuhkan perpaduan pelbagai kaum di daerah ini.

"Sebelum ini kita terpaksa menangguhkan program ini kerana patuh arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikenakan di negeri ini. Namun hari ini kita dapat bersama-sama meraikan Deepavali. 

"Kita mengharapkan usaha kerajaan negeri ini dapat memupuk lagi integrasi perpaduan antara kaum dan menunjukkan kepada satu malaysia bahawa kerajaan negeri Terengganu dapat melaksanakan seperti apa yang dikatakan iaitu memimpin perpaduan dan memperkukuhkan perpaduan seluruh kaum dalam konteks meraikan Deepavali tahun ini," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas program terbabit.

Turut hadir  mengiringi Hanafiah iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Ab.Razak Ibrahim.

Dalam majlis itu, semua hadirin yang hadir menerima sumbangan berbentuk wang tunai, beras dan barangan dapur yang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat yang juga selaku perasmi program itu.

Dr Balachandran turut mengharapkan seluruh warga India di negeri Terengganu terus akur dengan memupuk perpaduan dalam memastikan semua dapat bersama-sama mengambil iktibar untuk menjadikan Terengganu maju, berkat dan sejahtera. 

 

 

 


Tag: