• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

30 Pelajar Di Seberang Takir Terima Bantuan Persekolahan

KUALA NERUS, 4 April - Kegembiraan jelas terpancar di wajah 30 orang pelajar dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir apabila menerima sumbangan berupa wang ringgit daripada Tenaga Nasional Bhd (TNB) hasil kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat DUN berkenaan dan Kuala Nerus.

Pelajar sekolah rendah dan menengah yang terpilih menerima sumbangan wang tunai sebanyak RM100

Mereka diraikan dalam satu Majlis Penyerahan Sumbangan Bantuan Persekolahan di Dewan Serbaguna Bukit Tok Beng yang dirasmikan oleh Pegawai Penyelaras DUN Seberang Takir, Mohd Fazil Wahab.

Wakil penerima, Najmi Muda berkata, dia yang mewakili anak saudaranya menzahirkan ucapan terima kasih kepada TNB dan Mohd Fazil serta Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Dr. Khairuddin Aman Razali atas sumbangan tersebut.

"Semoga sumbangan ini memberi kesenangan dan kebaikan pada sesi persekolahan akan datang," katanya ketika ditemubual.  

Dalam pada itu, Mohd Fazil berharap bantuan itu dapat mengurangkan bebanan di kala pandemikCovid-19 yang masih belum reda. 

"Saya mengucapkan ribuan terima kasih dan terharu atas kerjasama yang diberikan oleh TNB dalam menyalurkan sumbangan kepada sebahagian pelajar di Seberang Takir yang dikategorikan sebagai kurang kemampuan.

"Walaupun sekolah masih bercuti tapi kecaknaan kita akan berterusan," katanya dalam majlis tersebut. 

Terdahulu seramai 10 pelajar sudah menerima sumbangan ini di Marina Duyung Resort (DMR).


Tag: