• 15 Okt 2024 | 12 Rabiul Akhir 1446

300 Asnaf DUN Cukai Terima Sumbangan

KEMAMAN, 28 Ogos - Seramai 300 keluarga diraikan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Cukai dalam Program Sumbangan Asnaf,baru-baru ini.

Adunnya, Hanafiah Mat berkata, program sebegini sentiasa diadakan secara berperingkat dan dari masa ke semasa. 

"Kami di peringkat kerajaan negeri sentiasa memahami keadaan rakyat yang mana golongan asnaf perlu diberikan perhatian.

"Walau apa jua situasi yang berlaku, kebajikan kepada masyarakat perlu diteruskan.

"Kami akan berusaha sedaya upaya untuk memberikan khidmat yang terbaik bagi membela nasib rakyat terutamanya untuk golongan asnaf," ujarnya ketika menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut. 

Dalam majlis yang berlangsung di Dewan Sivik Gong Pauh itu, Hanafiah telah menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai dan beras.

Mereka terdiri daripada asnaf yang tinggal di Kampung Gong Pauh, Taman Perumahan Gong Pauh, Jalan Dato dan Kampung Jaya.

Dalam pada itu, Hanafiah turut mengadakan program yang sama di beberapa kawasan yang lain termasuk Kampung Dusun Nyior, Kampung Pengkalan Pandan dan Kampung Kubang Kurus.