lightning-solid
Berita :
31 Buah Rumah Rosak Dilanda Ribut di Cukai Dibaiki
31 Buah Rumah Rosak Dilanda Ribut di Cukai Dibaiki
Ezani Razali
09 Oct 25
265

KEMAMAN, 9 Oktober - Kira-kira 31 buah rumah dilaporkan rosak akibat ribut dan angin kencang yang melanda daerah ini, semalam mula dibaik pulih. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai, Dato' Hanafiah Mat berkata kejadian itu menyebabkan kerosakan harta benda, terutama bumbung rumah yang tercabut.

"Setakat ini kami menerima laporan melibatkan beberapa kampung di DUN Cukai ini.

"Hari ini, melalui Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) masing- masing, kami akan memulakan proses baik pulih.

"Insya-Allah, kami akan membantu seluruh keluarga yang terlibat bagi memastikan ianya dapat meringankan bebanan yang sedang mereka hadapi ketika musibah seperti ini berlaku," ujarnya kepada pemberita.

Terdahulu, dilaporkan 31 buah rumah yang mengalami kerosakan ini melibatkan Kampung Pengkalan Pandan, Jalan Dato', Kampung Gong Pauh, Kampung Gong Limau, Kampung Jaya, Kampung Jabur Kubur, Lot 144, Kampung Geliga Baru, Kampung Geliga, Kampung Kubang Kurus, Kg Paya Berenjut, Kampung Bakau Tinggi , Kampung Besut 2 dan Taman Perumahan Gong Pauh. 


Artikel Berkaitan