• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

310 Keluarga Terima Bantuan Barangan Keperluan Dapur

MARANG, 31 Januari - Sebanyak 310 keluarga di Bukit Payong yang terkesan dengan penularan pandemik wabak Covid-19 telah menerima bantuan barangan keperluan dapur.

Sehingga kini, 14 Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) terlibat dengan pengagihan itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong, Mohd Nor Hamzah berkata, mana-mana keluarga yang kurang berkemampuan diminta tampil memohon bantuan itu, tidak perlu malu untuk berbuat demikian melalui JPKK kawasan masing-masing. 

"Buat masa kini musim Covid-19 yang melanda masih membuatkan ramai masyarakat yang terjejas sehingga tidak mampu untuk menampung kehidupan seharian.

"Kesedaran perlu diambil oleh setiap JPKK dan wakil setiap kampung agar tidak berlaku situasi sehingga ada masyarakat hidup dalam keadaan terlalu susah dan kelaparan." katanyanya baru-baru ini.

Menurut beliau, setiap agihan telah diedarkan dari rumah ke rumah oleh staf-staf Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Payong dan wakil JPKK setiap kampung.

"Dengan cara tersebut membuatkan lebih mudah kepada masyarakat yang terjejas menerima barangan dalam keadaan baik dan tidak terdedah dengan risiko jangkitan Covid-19 yang kian menular pada hari ini," katanya.


Tag: