• 24 Apr 2024 | 15 Syawal 1445

340 Keluarga Bekerja Sendiri Di DUN Bandar Terima Bantuan

KUALA TERENGGANU, 25 Jun - Seramai 340 keluarga di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar yang bekerja sendiri menerima Bantuan Ekonomi Rakyat Terengganu (BERKAT 3.0).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ustaz Ahmad Shah Muhamed berkata, sumbangan untuk fasa ke-2 bernilai RM34,000 itu diagihkan oleh Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di kampung masing-masing.

"Selepas selesai agihan Berkat 3.0 Fasa 1 berjumlah RM136,000, kami teruskan lagi pembahagian sumbangan bekalan makanan bagi Fasa ke-2 kepada rakyat yang terjejas akibat PKP di DUN Bandar dengan jumlah RM100 untuk satu keluarga melibatkan 340 keluarga.

"Rakyat di DUN Bandar yang masih belum menerima bantuan diseru untuk membuat aduan segera kepada pihak JPKK, Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Bandar dan akaun rasmi Facebook pihak kami.

"Jika masih ada mereka yang terjejas akibat PKP tapi masih belum menerima bantuan, bolehlah berhubung dengan JPKK, Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Bandar atau Akaun Rasmi Facebook (Page) Ahmad Shah Muhamed. Insya-Allah , kami akan hubungi dengan segera," katanya,

Beliau berkata demikian ketika hadir ke PKM Bandar bagi membantu petugas-petugas yang sedang menyiapkan barangan bantuan BERKAT 3.0 hari ini.

Pengerusi JPKK Tok Kaya, Syed Hussin sedang mengangkut barang keperluan untuk masyarakat Kg. Tok Kaya.

 

 

 


Tag: