• 24 Apr 2024 | 15 Syawal 1445

345 Asnaf Terima Sumbangan Keperluan Sambut Ramadan

Oleh : Muhammad Naim Fadhilah Kamaruddin

DUNGUN, 18 April - Seramai 345 orang dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sura menerima sumbangan barangan keperluan dapur sempena Ramadan kali ini.

Penyerahan sumbangan tersebut disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Wan Hapandi Wan Nik pada Majlis Penyampaian Sumbangan Al-Mustadh'afin DUN Sura di Dewan Arena Merdeka, baru-baru ini.

Menurut Wan Hapandi, sebanyak RM207,000 diperuntukkan untuk perbelanjaan program yang dinamakan sebagai Sumbangan Bulanan Al Mustadh’afin bagi tempoh setahun yang melibatkan 4,140 penerima di kalangan asnaf.

"Alhamdulillah, dengan jumlah ini kita mampu menghulurkan bantuan setiap bulan kepada mereka yang benar-benar memerlukan," katanya ketika berucap di majlis tersebut.

Sementara itu katanya, beliau sentiasa mengingatkan setiap Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) agar mengambil cakna keperluan penduduk.

"Saya selalu ingatkan kepada semua JPKK supaya memantau serta melihat sekitar kampung agar tiada lagi mereka yang hidup dalam keadaan susah, melarat serta keadaan yang sempit disebabkan masalah tanggungan keluarga.

"Terima kasih kepada Pengerusi JPKK yang sentiasa menghubungi saya sekiranya ada masalah yang dihadapi orang kampung dan kita akan berbincang mencari jalan penyelesaian", ujarnya.


Tag: