• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

352 Mangsa Banjir Ditempatkan Di Tujuh PPS Di Rantau Abang

DUNGUN, 21 Disember - Tujuh Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang yang menempatkan 352 mangsa banjir sehingga pagi tadi.

Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Rantau Abang, Alias harun berkata,  berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada laporan Bilik Gerakan Banjir DUN Rantau Abang menunjukkan peningkatan mangsa banjir. 

"Petang semalam seramai 230 mangsa dan lima PPS dibuka dan dijangka air dari Hulu Sungai akan turun dan menyebabkan  air akan naik dan akan berlaku pemindahan mangsa lagi. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melawat PPS dan kawasan banjir dalam DUN Rantau Abang iaitu PPS Bukit Merah, Balai Raya Padang Pulut, Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Pulut, Balai Raya Pinang Emas, Ladang Pinang Mas dan Kampung  Pinang Baru, hari ini. 

Sementara itu berdasarkan tinjauan dibuat, rata-rata mangsa banjir meluahkan rasa syukur dengan keselesaan PPS yang disediakan.

Bagi Muhammad Afiq Mohd Nizam,5 menganggap PPS Balai Raya  Bukit Merah sebagai rumah baharunya. 

"Seronok tinggal di sini, kat bawah ada perpustakaan, ada barang permainan," kata anak keempat daripada lima beradik itu.

Manakala Mohd Wafi Abdullah, 8, gembira dapat tinggal sementara di PPS Balai RAYA  MPKK Ladang Pinang Emas. 

"Kat sini boleh tidur dalam khemah, boleh main dengan kawan-kawan, " katanya. 


Tag: