• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

360 Nelayan Terima Bantuan

DUNGUN, 20 Disember- Seramai 360 nelayan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang menerima bantuan wang tunai dan barangan keperluan dapur melibatkan peruntukan sebanyak RM40,000. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun berkata, bantuan berkenaan bagi meringankan beban golongan nelayan yang tidak dapat mencari rezeki di musim tengkujuh.

"Bantuan ini diberi setiap tahun bila tiba musim tengkujuh, sejak tujuh tahun yang lalu kerana kita sedar nelayan sangat terkesan bila tiada pendapatan kerana tidak boleh pergi menangkap ikan untuk meneruskan kehidupan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Bantuan Nelayan Musim Tengkujuh di Dewan Darul Ansor di Kampung Alor Mak Bah di sini baru-baru ini.

Alias turut mengingatkan agar golongan nelayan sentiasa taat perintah Allah agar rezeki yang diperoleh sentiasa diberkati.

"Sentiasa buat kerja, turun ke laut, solat perlu dilaksanakan, jangan tinggal solat kerana solat dapat mencegah mungkar dan kerja buat kita akan diberkati," ujarnya.


 


Tag: