• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

4040 Limau Mandarin Diagihkan Sempena Tahun Baharu Cina

KUALA TERENGGANU, 3 Februari – Bersempena Tahun Baharu Cina 2022, Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk telah mengagihkan sebanyak 4040 biji buah Limau Mandarin. 

Agihan buah Limau Mandarin itu telah disempurnakan oleh ADUN Batu Buruk, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi kepada masyarakat kaum Tionghoa dalam DUN tersebut.

“Agihan buah limau yang kita adakan hari ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan di samping memperkukuhkan perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat khususnya di DUN Batu Buruk ini.

“Justeru, saya mengucapkan selamat bercuti buat semua dan selamat Tahun Baharu Cina 2022,” kata Ustaz Muhammad Khalil ketika ditemui pemberita.