• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

484 Penduduk Seberang Takir Terima Bantuan JKM

Ahmad Razif mengagihkan bantuan JKM. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail
Seramai 484 penerima Bantuan Am Jabatan Kebajikan Masyarakat   kawasan Seberang Takir menerima bantuan  yang bernilai RM99,300, petang semalam.

Masing- masing menerima bantuan bagi bulan April antara RM200 hingga RM450 seorang yang sebelum ini menerima melalui akaun bank masing- masing.

Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman  dan isteri Toh Puan Halina Zakaria menyampaikan bantuan tersebut sempena  Majlis Penyampaian Bantuan JKM dan Penyerahan Tekun Nasional di Bangunan Penyelaras Dewan Undangan Seberang  Takir, Kuala Nerus petang semalam.

Turut hadir Timbalan Pengarah JKM   negeri Noorazam Abdul Manaf dan Pengurus Tekun Kuala Nerus Othman Yusof.

Sementara itu Menteri Besar turut nenyampaikan  Penyerahan
Cek Tekun Nasional kepada 45 penerima kawasan Kuala Nerus.
Mereka itu terdiri daripada Pinjaman Skim Temanita dan Skim Teman Tekun yang mendapat pinjaman antara RM 7, 000 hingga RM 10,000.

Semenrara itu Noorazam  berkata JKM  negeri memperuntukan sebanyak RM574, 100  untuk diagihkan kepada 2,751 penerima bantuan di Parliman Kuala Nerus setiap bulan .

Katanya selain peruntukan kerajaan negeri, kerajaan  persekutuan turut
memperuntukan sebanyak RM640,200 untuk diagihkan kepada 2,052 penerima bagi Parlimen Kuala Nerus setiap bulan.

Selain Seberang Takir, ia melibatkan Tepoh, Bukit Tunggal, dan Batu Rakit.

Tag: