• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

50 Penduduk Terima Bantuan Keperluan Asas

Oleh : Bintu Lutfi 

KUALA NERUS, 6 Jun- Seramai 50 penduduk Taman Perumahan Gong Badak mendapat manfaat Bantuan Ekonomi Rakyat Terengganu (BERKAT 3.0).

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) taman perumahan tersebut, Mohd Sidek Abdullah berkata, mereka terdiri daripada ibu tunggal dan golongan B40 yang terjejas pendapatan setelah perintah 'Total Lockdown' dilaksanakan di seluruh negara. 

"Penerima agihan fasa pertama BERKAT 3.0 ini menerima sumbangan berbentuk barangan keperluan asas seperti beras, tepung, gula, teh dan pelbagai lagi.

"InsyaAllah, pihak kami akan berusaha untuk membantu meringankan beban golongan terjejas dalam masyarakat terutamanya penduduk taman ini sebaik mungkin dengan kadar segera," katanya. 

Sidek berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan tersebut di Balairaya Taman Perumahan Gong Badak di sini, kelmarin.

Beliau turut mengajak masyarakat bekerjasama dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) agar pandemik COVID-19 dapat dibendung. 

"Usaha kita mestilah bersama bekerjasama memutuskan rangkaian COVID-19 ini. Sama-sama kita berdoa agar Allah SWT melindungi semua lapisan masyarakat kita," ujarnya. 


Tag: