• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

50 Peserta RTB Padang Tapong Terima Geran Tanah

BESUT, 28 Disember - Seramai 50 peserta Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Padang Tapong di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh menerima geran kekal RTB dan Borang 5A setelah menunggu selama 15 tahun.

Pegawai Penyelaras DUN Jerteh, Wan Azhar Wan Ahmad berkata, pemberian geran kekal dan Borang 5A tersebut merupakan salah satu janji kerajaan Negeri Terengganu iaitu mengembalikan hak tanah kepada peserta yang dinafikan dahulu.

"Saya berharap para peserta dapat mematuhi arahan serta prosedur oleh pihak pejabat bagi memastikan proses pemilikan tanah berjalan lancar.

"Pihak pejabat sentiasa berusaha bagi memastikan para peserta RTB memperoleh kembali hak milik mereka disamping menunaikan janji kerajaan kepada rakyat," ujarnya ketika berucap di Majlis Penyerahan Borang 5A di Kampung Raja, Besut.


Tag: