• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

50 Sekolah Laksana Program Trenglish


Sebanyak 18 buah sekolah ditambah secara berperingkat menjadikan 50 buah sekolah menengah yang terlibat dengan program Trenglish sehingga 2017, berbanding hanya 32 sekolah di awal pelaksanaannya tiga tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang berkata, program yang dilaksanakan dengan kerjasama kerajaan negeri melalui Yayasan Terengganu, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan Petronas sangat membantu pelajar menguasai Bahasa Inggeris dan mendapat sambutan baik di kalangan pelajar.

“Jumlah pembantu guru Bahasa Inggeris (Terengganu Hired English Language Personnel atau T-HELP) yang terlibat dalam program ini sehingga Mac 2017 adalah seramai 42 orang.

“Mereka dilantik dari kalangan graduan anak Negeri Terengganu yang berkemahiran dalam bidang Bahasa Inggeris dan tidak ada guru luar negara diambil,” ujarnya.



Tag: