Berita :
500 Sertai Brisk Walk Sahur 2026
500 Sertai Brisk Walk Sahur 2026
Ezani Razali
5 jam yang lepas
34

KEMAMAN, 14 Mac - Seramai hampir 500 orang telah menyertai "Brisk Walk Sahur 2026" yang telah berlangsung di Kemaman Arena Square, semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai, Dato' Hanafiah Mat memanjat kesyukuran di atas kejayaan julung-julung kali program itu diadakan, di sini.

"Alhamdulillah, terima kasih kepada semua yang hadir dan memberi sokongan kepada program komuniti seperti ini.

"Program pada malam ini menggabungkan ibadah, ilmu dan riadah dalam satu suasana yang santai tetapi bermakna," ujarnya ketika ditemui pemberita.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar negeri turut berharap usaha sebegini akan terus memberi manfaat kepada masyarakat serta mengeratkan lagi hubungan ukhuwah antara satu sama lain.

Terdahulu, program tersebut telah dimulakan dengan 'Tazkirah Ramadan' yang sangat menyentuh hati, disampaikan oleh pendakwah bebas, Ustaz Syed Norhisyam Tuan Padang. 

Pengisian rohani ini menjadi pembuka langkah sebelum semua peserta bersama-sama beriadah dalam suasana Ramadan yang penuh keberkatan.

Seterusnya, semua peserta dilepaskan untuk berjalan kaki sejauh 2.5 kilometer melalui kawasan utama Bandar Cukai. 

Semua peserta telah dijamu dengan juadah makanan dan minuman sahur yang istimewa. Program turut diserikan dengan haduah cabutan bertuah berupa basikal dan hamper. 

 Program ini telah berakhir kira-kira jam 2.00 pagi.


Tag :

Sukan
Ketupat

Artikel Berkaitan