• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

5,000 Kurma Diagihkan Dalam DUN Batu Buruk

KUALA TERENGGANU, 6 April – Sebanyak 5,000 pek kurma diagihkan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk bersempena menyambut kedatangan Bulan Ramadan. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, agihan kurma dan takwim berbuka itu merupakan antara persediaan awal bagi menghadapi bulan puasa.

 “Alhamdulillah, pada hari ini kami dari Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Batu Buruk telah mengagihkan 5,000 kotak kurma kepada 36 Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) untuk diagihkan kepada masyarakat setempat.

“Insya-Allah, ada banyak banyak lagi program yang akan dilaksanakan dalam bulan Ramadan bagi memastikan rakyat dalam DUN Batu Buruk dapat melaksanakan ibadah puasa dengan kebajikan yang terpelihara,” kata beliau ketika ditemu bual pemberita.

Tambah beliau lagi, walaupun negara kini sudah berada dalam fasa endemik Covid-19 yang membolehkan masyarakat membuat ibadah tanpa penjarakan fizikal, namun masih perlu mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengikuti segala peraturan yang ditetapkan.

“Saya mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua.

“Semoga Allah SWT menerima segala amalan kita,” katanya lagi.

ADUN Batu Buruk itu juga dijadualkan untuk menunaikan solat tarawih di surau-surau dan masjid-masjid sekitar DUN Batu Buruk sepanjang bulan Ramadan ini.