Khidmat Malaysia Anjur Dapur Rakyat Ringankan Beban Mangsa Banjir
5,000 Penduduk DUN Manir Dapat Barangan Murah Sempena PJKM
HULU TERENGGANU, 21 Februari - Sekitar 5,000 penduduk DUN Manir tidak melepaskan peluang mendapatkan barangan asas lebih murah sempena Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) yang berlangsung selama dua hari baru-baru.
PJKM yang menawarkan harga ayam bersih RM6, dan daging segar RM25 sekilogram serta belbagai pilihan barang keperluan harian dengan harga 20 peratus lebih rendah.
Timbalan Pengerusi Pertanian, Industri Makanan, Komuditi dan Pembangunan Luar Bandar Ustaz Hilmi Dato’ Harun berkata, menerusi program sebegini rakyat dapat menikmati penjimatan di antara 20 hingga 30 peratus sekali gus dapat meringankan beban kos sara hidup yang kian meningkat.
Katanya, ini merupakan inisatif kerajaan pusat dengan kerjasama Pejabat Ahli Parlimen Hulu Terengganu Dato’ Rosol Wahid dan Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Manir untuk komuniti luar bandar.
"PJKM menawarkan termasuk barangan makanan asas seperti gula, beras, minyak masak, dan banyak lagi pada harga patut yang lebih murah dan kompetitif ke arah menangani kos sara hidup rakyat.” ujarnya kepada pemberita selepas membuat lawatan ke jualan tersebut di Dataran PAKR Batu Hampar Manir semalam.
Program PJKM bermula pukul 8 pagi sehingga pukul 12 tengahari itu berlangsung selama 2 hari bermula Sabtu dan berakhir Ahad..