• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

50,000 Peserta Bakal Sertai LAJSM Sabtu Ini


Seramai 50,000 peserta dari dalam dan luar negara bakal menyertai Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 2017 Sabtu ini.

Presiden Persatuan Olahraga Amatur Terengganu, Dato’ Wan Hisham Bin Wan Salleh berkata, LAJSM kali ini merupakan platform untuk mempromosi pelancongan negeri ini yang diberi tema “Vacay-Run” iaitu mempromosi pelancongan sukan “Sporst Tourism” sempena Tahun Melawat Terengganu.

Katanya, LAJSM yang menawarkan hadiah keseluruhannya bernilai lebih RM204,000 menawarkan lima kategori utama iaitu 42 kilometer, 21 kilometer, 12 kilometer, 5 kilometer dan 3 kilometer atau lebih dikenali sebagai ‘Fun Run’.

“Buat pertama kalinya pada tahun ini, Persatuan Olahraga Amatur Terengganu diberi kepercayaan oleh kerajaan negeri untuk mengurus dan menjayakan LAJSM dengan tema “Vacay Run 2017” iaitu berlari dan melancong sempena LAJSM2017,” ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, lokasi pelepasan dan penamat larian akan berpusat di Dataran Pantai Batu Burok, namun kali ini terdapat kelainan masa pelepasan.


“Ia akan bermula pada pukul 12 malam dan dijangka berakhir pada pukul 10 pagi,”katanya.

Tag: