• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

KUALA TERENGGANU, 3 Januari - Seramai 51 orang usahawan dalam DUN Batu Buruk menerima bantuan Dana PUTERA melalui Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU).

Dana tersebut diadakan bagi membantu usahawan yang berkelayakan untuk memohon barangan perniagaan bagi mengembangkan perniagaan mereka. 

Sebahagian daripada barangan perniagaan itu telah diserahkan kepada penerima oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Buruk, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi, semalam. 

"Ini merupakan antara usaha Kerajaan Negeri Terengganu bagi membantu memberikan 'kail' kepada rakyat agar ia dapat menjadi punca pendapatan yang berterusan.

"Alhamdulillah, hari ini saya turun menyerahkan sebahagian barangan perniagaan yang dimohon oleh para usahawan dalam DUN ini melalui bantuan dana tersebut," kata Dr. Muhammad Khalil ketika ditemui pemberita. 

Menurut beliau lagi, terdapat banyak insentif daripada Kerajaan Negeri Terengganu untuk dimanfaatkan oleh para usahawan melalui YPU.

 


Tag: