• 29 Apr 2024 | 20 Syawal 1445

56,277 Hidap Diabetes Di Terengganu

Dr. Mohd Jusoh melakukan senaman sebagai gimik perasmian Sambutan Hari Diabetis dan Hari Jantung Sedunia 2018 peringkat Negeri Terengganu di Dewan Serbaguna Projek Perumahan Rakyat (PPR)  Hiliran.


KUALA TERENGGANU15 November -Seramai 56,277  pengidap diabetes didaftarkan di negeri ini dari 2010 sehingga Oktober 2018, melibatkan penduduk yang berumur 18 tahun ke atas dan  sebahagian besarnya merupakan golongan wanita.

Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Dr. Mohd Jusoh berkata, sehingga Oktober 2018, seramai 1,523 orang pesakit diabetes didaftarkan dan dari jumlah tersebut didapati  61.5 peratus juga adalah wanita.

Jelasnya, World Health Organization (WHO) meramalkan bahawa diabetes akan menjadi satu daripada tujuh punca utama kematian pada tahun 2030.

“Sehubungan itu juga, fokus diberikan kepada golongan itu dalam menyedarkan dan membimbing mereka yang menghidap diabetes, pesakit wanita hamil dan diabetes sewaktu hamil (Gestational Diabetes Mellitus - GDM) bagi mengawal penyakit itu di negeri ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Diabetis dan Hari Jantung Sedunia 2018 peringkat negeri Terengganu di Dewan Serbaguna Projek Perumahan Rakyat (PPR)  Hiliran, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam), Dr. Kasemani Embong.

 

 


Tambahnya lagi, sekiranya pesakit diabetes gagal mengawal diabetes mereka, akan berlaku komplikasi yang boleh menyebabkan penyakit jantung koronari, buah pinggang, kebutaan dan kudis di kaki yang boleh berakhir dengan amputasi atau pemotongan anggota badan.

Menurut Dr. Mohd, jumlah pesakit diabetes yang kronik sehingga terpaksa menjalani amputasi juga terus meningkat saban tahun.

"Pada tahun 2015, seramai 88 pesakit diabetes telah menjalani amputasi, disusuli 226 pada tahun 2016 manakala sehingga September lalu, bilangannya telah mencecah seramai 222 orang.

“Sebab itu, tema pada tahun ini ‘ Cakna Diabetes: Keluarga Prihatin, Kesihatan Terjamin’ menjurus kepada peranan keluarga pesakit iaitu menambah kesedaran mengenai impak penyakit diabetes dan peranan mereka dalam perawatan, pecegahan dan pengetahuan tentang penyakit ini," ujarnya.

 

 

 

 

Menurut Mohd, bagi penyakit jantung koronari pula terdapat 776 kes  pada tahun 2017 yang melibatkan 59.6 peratus lelaki dan 40.3 peratus wanita  manakala dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, sebanyak 388 kes baharu dicatatkan (65.9 peratus lelaki dan 34 peratus wanita) telah dicatatkan di negeri ini.

 

 


Tag: