• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

5,776 Mangsa Banjir Di Terengganu

 

KUALA TERENGGANU, 19 Disember - Banjir di Terengganu semakin buruk dengan  berikutan hujan berterusan di kebanyakan kawasan di negeri berkenaan.

Jumlah mangsa banjir di negeri ini meningkat daripada 5,420 kepada 5, 776 membabitkan 1,478 keluarga di empat daerah sehingga jam 2 petang tadi.

Susulan peningkatan itu, 46 pusat penempatan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan semua mangsa di empat daerah terbabit.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Terengganu, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata, jumlah mangsa dijangka meningkat susulan hujan lebat masih berlaku di beberapa daerah.

"Kemaman yang terjejas teruk terus menyaksikan peningkatan jumlah mangsa apabila seramai 4,279 orang daripada 1,135 keluarga terjejas banjir di seluruh daerah ini.

"Seramai 710 mangsa daripada 245 keluarga pula terjejas di Hulu Terengganu dan mereka kini ditempatkan di 13 PPS di sekitar daerah itu,” katanya.

Tambahnya lagi, beberapa lembangan sungai utama menunjukkan trend peningkatan dan ada sebahagiannya di hulu berlaku penurunan.

 

 


Tag: