• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

60 Juru Mandi Jenazah dan Pembantu Terima Sumbangan

DUNGUN, 17 Februari - Seramai 60 orang juru mandi jenazah dan pembantunya disini  menerima sumbangan daripada Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli. 

Penolong Kanan Pesuruhjaya Dakwah dan Tarbiah Jabatan Agama Hal Ehwal Terengganu, Zulfa Abdul Samad berkata, kerajaan negeri menyediakan insentif bulanan skim perkhidmatan jurumandi jenazah kepada rakyat negeri ini yang berkelayakan.

"Di samping itu, imbuhan penambahan jenazah, kemudahan insentif bulanan dan bantuan khairat kematian turut diperkenalkan," jelasnya. 

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan taklimat ringkas dalam pertemuan dengan juru mandi jenazah dan pembantu yang diadakan di Pejabat Agama Daerah Dungun, hari ini. 

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh  Pegawai Khas Ahli Parlimen Dungun, Mohd Amin Hamid mewakili Ahli Parlimen Dungun.

Menurut Zulfa setiap jurumandi dan pembantu layak menuntut insentif bulanan berdasarkan faktor keaktifan. 

"Justeru kita bekerjalah dengan penuh pengorbanan, kesungguhan dan keikhlasan serta menjaga kerahsiaan atau aib jenazah supaya tidak didedahkan kepada orang ramai," katanya.


Tag: