• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

65 Orang Terima Bantuan Cermin Mata

BESUT, 30 November - Seramai 65 orang menerima bantuan cermin mata peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh.

Pegawai Penyelaras Dun Jerteh, Wan Azhar Wan Ahmad berkata, cermin mata merupakan satu keperluan yang penting bagi mereka yang mengalami masalah penglihatan.

"Bantuan ini merupakan usaha kerajaan negeri bagi membantu serta meringkan kos yang dihadapi oleh masyarakat.

Saya berharap bantuan ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh penerima untuk melakukan seberapa banyak kebaikan,' ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Penyerahan Bantuan Cermin Mata di Kampung Padang Luas, Jerteh.

Beliau juga berharap agar bantuan ini diteruskan bagi memberi kemudahan kepada masyarakat yang memerlukan.


Tag: