• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

657 Penduduk Terjejas Banjir Di Terengganu

KUALA TERENGGANU, 25 November - Terengganu mencatatkan 657 penduduk terjejas banjir melibatkan 23 Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)  negeri, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman memaklumkan, fasa kedua pengurusan banjir sehingga pagi Rabu merekodkan tujuh daerah terkesan kecuali di Hulu Terengganu. 

"Besut dan Kemaman hanya dibuka satu PPS manakala di Dungun paling terkesan merekodkan tujuh PPS melibatkan 34 keluarga dan 131 penduduk terjejas dipindahkan.

"Walaubagaimanapun, analisa berdasarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) jika berlaku pengurangan kadar hujan kebarangkalian PPS untuk ditutup tetapi hanya satu atau dua.

"Jika didapati hujan berterusan mungkin akan berlaku kenaikan tapi tidak mendadak," Katanya ketika ditemui pemberita selepas meninjau PPS di Sekolah Kebangsaan Atas Tol, Marang di sini hari ini.

Mengulas tentang cabaran norma baru dalam pengurusan PPS, perkara tersebut telah dijangka hasil latihan 'table talk' pada awal oktober lalu.

Katanya, salah satu cabaran Prosedur Operasi Standard (SOP) iaitu penjarakan lebih dua meter antara khemah. 

"Bilangan keluarga tidak begitu besar dan penambahan kelas terpaksa dibuka kerana perlu dijarakkan. Contohnya, pada tahun lepas di SK Atas Tol hanya tingkat bawah digunakan manakala tahun ini tingkat dua dan tiga.

"Cabaran seterusnya, PPS seperti di sekolah dan balai raya memerlukan semua kemasukan melalui pintu masuk pertama dimana petugas akan melakukan saringan suhu dan mengikuti SOP ditetapkan.

"Walau bagaimanapun, bila hujan berterusan cabaran kepada petugas terpaksa hadapi hujan, namun begitu pihak sekretariat memikirkan penambahbaikan seperti khemah dan keperluan lain," katanya.


Tag: