• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

67.4 Peratus Rakyat Terengganu Telah Daftar Vaksin

KUALA TERENGGANU, 20 Julai - Seramai 67.4 peratus rakyat di negeri ini telah mendaftarkan vaksin melalui aplikasi MySejahtera setakat kelmarin.

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu melaporkan ia membabitkan 579,447 individu dan 4,225 orang pula merupakan pendaftar baru.

Kenyataan itu turut memaklumkan daerah Kuala Terengganu menunjukkan peratusan tertinggi pendaftaran dengan 75.1 peratus atau seramai 133,641 dan pendaftaran baru 1,044 orang.

Kedua tertinggi ialah Kuala Nerus dengan 74.5 peratus dengan jumlah rakyat yang telah mendaftar seramai 77,724, diikuti Marang dengan 73.9 peratus dengan jumlah seramai 59,747.

Manakala daerah Kemaman pula mencatatkan peratusan keempat tertinggi dengan 72.5 peratus atau seramai 105,509.

Manakala tiga daerah masih mencatatkan jumlah pendaftaran yang rendah berbanding daerah lain iaitu, Dungun dengan 59.9 peratus, Setiu 53.6 peratus dan terendah Besut dengan 53.1 peratus.

Untuk rekod, sehingga 18 Julai jumlah kumulatif rakyat di negeri ini yang telah divaksin pula ialah seramai 269, 854 penerima suntikan dos pertama manakala seramai 14,176 merupakan penerima dos kedua di negeri ini.

 


Tag: