• 08 Mei 2024 | 29 Syawal 1445

68 Penduduk Tajin Terima Geran Tanah Selepas 20 Tahun Menanti

HULU TERENGGANU, 23 September – Penantian 68 orang penduduk Kampung Tajin untuk memiliki geran hak milik tanah selepas 20 tahun berakhir apabila menerima geran Rancangan Tanah Berkelompok (RTB), baru-baru ini.

Penyelaras Parlimen Hulu Terengganu, Muhyidin Abdul Rashid berkata, seramai 56 daripada 68 orang peserta yang terlibat untuk menerima geran tanah tersebut.

“Insya-Allah seramai 12 orang peserta lagi akan menerima geran tanah selepas pihak Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Terengganu menyelesaikan dahulu beberapa masalah teknikal antaranya menyelesaikan urusan pertukaran nama si mati kepada anak atau waris.

“Hari ini merupakan hari yang bersejarah buat mereka setelah lebih 20 tahun menunggu untuk mendapatkan geran tanah dan hak mereka.

“Sebahagian mereka ingin mendirikan rumah diatas tapak tanah ini dengan seberapa segera," ujarnya.

Dalam pada itu, rata-rata penerima geran yang ditemui selepas majlis berkenaan menzahirkan rasa kesyukuran kepada Allah S.W.T. 

Menurut Normah Salleh, dia begitu gembira dan teruja apabila menerima geran tanah tersebut. 

"Alhamdulillah, pertama sekali saya bersyukur kepada Tuhan kerana permintaan selama ini telah dikabulkan selepas menanti selama lebih 20 tahun.

“Penantian tersebut hampir seusia dengan anak saya yang kini berumur 21 tahun,” katanya lagi. 

Bagi Samsuri Musa, dia merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak kerajaan negeri, Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Terengganu dan pihak JPKK Tajin di atas usaha menyelesaikan urusan pembahagian tanah RTB tersebut. 

Menurut Normah Salleh, beliau begitu gembira dan teruja dengan pemberian geran tanah tersebut. 

" Alhamdulillah, pertama sekali saya bersyukur kepada Tuhan kerana permintaan selama ini telah dikabulkan  selepas menanti selama lebih 20 tahun.

“Penantian tersebut hampir seusia dengan anak saya yang kini berumur 21 tahun,” katanya lagi. 

“Sekian lama tunggu, Alhamdulillah mendapat hak milik tanah sendiri dan geran sendiri di Limau Rendang," katanya.

Rasa penghargaan turut dizahirkan Ahmad Rozali Osman, yang gembira kerana akhirnya tanah tersebut menjadi miliknya. 

“Terima kasih kepada Pusat Khidmat Masyarakat Adun Kuala Berang dan JPKK yang peka dengan keperluan rakyat dan sentiasa berusaha untuk membantu rakyat dalam meneruskan kehidupan yang lebih baik," katanya