• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

6K-I Jadi Dasar Integriti Darul Iman

KEMAMAN, 15 September - Keimanan, Ketaqwaan, Keikhlasan, Ketelusan, Kebertanggungjawaban, Kecekapan dan Islah (6K-I) menjadi kriteria Dasar Integriti Darul Iman (DIDI) yang perlu diaplikasikan secara menyeluruh dan serius di setiap peringkat.

Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Abdul Hamid berkata, pemimpin dan pekerja yang berintegriti dalam setiap tugasan mampu melonjakkan prestasi kerajaan negeri.

"DIDI ini perlu ada kefahaman untuk kita laksanakan di peringkat negeri terutamanya dan ianya perlu diterjemahkan dengan kerjasama antara pembuat dan pelaksana dasar. 

"Perlu ada kombinasi yang baik antara keduanya. Kemajuan dan kemakmuran sesebuah negeri perlu ada komitmen yang tinggi," ujarnya ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup DIDI Sesi 8/2020 di Darul Iman Training Centre (DITC) Teluk Kalong di sini semalam.

Kursus DIDI anjuran TSIS dengan kerjasama SUK (bahagian pengurusan sumber manusia), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), i-MiTS dan DITC dikendalikan oleh pihak konsultan Al Fateh Training and consultant.

Ia diadakan selama dua hari bermula kelmarin dan dihadiri oleh Penjawat Awam Gred 48 ke atas.

Turut hadir dalam majlis itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TSIS, Dr. Wan Mat Sulaiman dan Ketua Jabatan Integriti dan Latihan TSIS, Abdul Hadi Harun.

Majlis berakhir dengan lafaz ikrar dan sesi menandatangani ikrar patuh pada dasar yang dibuat.

 

anjuran


Tag: