• 19 Mei 2024 | 11 Zulkaedah 1445

7,539 Terima Bantuan Persekolahan Di Dungun

DUNGUN, 1 Mac- Seramai 7,539 orang pelajar menerima bantuan persekolahan hasil sumbangan kerajaan negeri di daerah Dungun.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias berkata, daripada jumlah itu seramai 1, 248 penerima dari DUN Bukit Besi, DUN Rantau Abang (2,412), DUN Sura (1,467) dan DUN Paka (2,412).

Katanya, bagi DUN Rantau Abang agihan bantuan dilakukan .selama dua hari.

"Hari ini (semalam) seramai 1, 118 pelajar menerima bantuan dan bakinya seramai 1, 294 akan menerima esok dan nasihat saya janganlah kita memperkecilkan sumbangan ini, tidak banyak mana sedangkan inilah usaha kerajaan untuk membantu ibu bapa menyediakan kelengkapan sekolah anak-anak dan barangannya pula berkualiti, "katanya.

Alias berkata demikian ketika berucap di Majlis Sumbangan Bantuan Persekolahan Negeri Terengganu Peringkat DUN Rantau Abang di Dewan Futsal Batu 48, semalam.

Sebelum itu, Pegawai Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu, (YPKT) Daerah Dungun di dalam ucapannya berkata ibu bapa di Terengganu beruntung kerana kerajaan negeri sangat prihatin kepada pendidikan anak-anak mereka.

"Bukan sedikit yang diperuntukkan, setiap seorang akan mendapat lima 'item' iaitu beg, kasut, stoking, baju dan seluar atau kain untuk pelajar perempuan, semuanya berjumlah RM150," katanya lagi. 


Tag: