• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

70 Warga Kuala Nerus Terima Cermin Mata Percuma

KUALA NERUS, 6 Oktober – Seramai 70 rakyat daripada 19 MPKK menerima sumbangan cermin mata percuma di Masjid Seberang Takir sempena Karnival Sayangi Kuala Nerus baru-baru ini.

Salah seoarang penerima, Mastura Mohd, 45, menzahirkan rasa gembira dengan bantuan tersebut kerana sedikit sebanyak depat meringankan bebannya yang mengalami masalah rabun.

“Alhamdulillah, syukur kepada Allah dan terima kasih kerana menyenaraikan nama saya menjadi salah seorang penerima bantuan ini.

“Bantuan ini penting bagi membantu saya yang mempunyai masalah rabun dan mengakibatkan sukar untuk melakukan urusan seharian,” katanya ketika ditemui media selepas majlis pemeriksaan mata dan bantuan cermin mata percuma di ruang legar Masjid Seberang Takir.

Dalam pada itu, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, Mohd Fadhil Wahab dalam ucapan perasmiannya berkata, kerajaan negeri prihatin dengan golongan yang menghadapi masalah penglihatan terutamanya warga emas.

Menurut beliau, isu kerabunan berkenaan boleh disalahtafsirkan sebagai ketidakupayaan melakukan kerja dan boleh menjadi satu sebab yang rutin harian tergendala.

“Kebiasaannya pada peringkat umur itu daya penglihatan semakin kurang dan menyukarkan mereka untuk melaksanakan kerja harian,” jelasnya.

Sementara itu, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat, Mohd Rizuan Abdullah memaklumkan bajet yang diperuntukan untuk setiap penerima adalah sebanyak RM245 dan beliau berharap bantuan dapat memberi manfaat kepada penerima.


Tag: