• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

80 Kakitangan PSMZA Terima Sumbangan YaPEIM

DUNGUN, 19 Disember - Seramai 80 kakitangan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) yang dikategorikan B40 telah menerima sumbangan daripada Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM). 

Pengarah PSMZA, Mohd Fikri Ismail berkata, mereka yang menerima sumbangan tersebut terdiri daripada kakitangan sokongan dan pengawal keselamatan. 

"Saya bersyukur, gembira dan amat berterima kasih kepada pihak YaPIEM dan kerajaan di atas keprihatinan untuk menghulur bantuan kepada golongan B40 dalam kalangan kakitangan PSMZA," katanya.

Beliau berkata demikian ketika  menyampaikan ucapan ringkas di Majlis Penyerahan Musaadah COVID-19 YaPIEM kepada kakitangan B40 PSMZA di Bilik Mesyuarat Utama, PSMZA. 

Sementara itu, Pengurus YaPIEM Negeri Terengganu, Kartina Ahmad berkata, pihaknya telah memperuntukkan sebanyak RM21,200 untuk membantu golongan tersebut. 

"Sumbangan ini merupakan sumbangan barang dapur dan daging segar," ujarnya.


Tag: