• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

80 Kanak-Kanak Sertai Khatan Beramai-Ramai

DUNGUN, 16 Disember - Seramai 80 orang peserta terdiri daripada kanak-kanak berumur enam hingga 12 tahun menyertai program Khatan Jamaie 3.0.

Pengarah program berkenaan, Abdul Latif Rashid berkata, program yang menjadi tradisi saban tahun itu mendapat sokongan menggalakkan daripada ibu bapa.

“Kita baru buka penyertaan sudah ramai  mula mengisi penyertaan.

“Bahkan kita belum pun menyebar luas maklumat kepada umum mengenai program ini, tetapi penyertaan sudah pun penuh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Khatam Jamaie 3.0 di Surau Darussalam.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi, dan Pembangunan Insan negeri, Dato' Satiful Bahri Mamat merakamkan ucapan tahniah kepada pihak penganjur.

“Tahniah penganjur Jabatan Amal DUN Paka dengan kerjasama dari penyediaan tempat, Surau Darussalam dan BOMBA Paka yang menjayakan program ini dengan baik.

“Memang tempoh waktu yang sesuai dengan cuti sekolah hujung tahun program sebegini diadakan,” ujarnya.


Tag: