• 20 Mei 2024 | 12 Zulkaedah 1445

8,000 Pengunjung Meriahkan Sambutan Aidilfitri Hulu Besut

BESUT, 8 Mei - Sambutan hari raya aidilfitri peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Besut disambut penuh meriah dengan kehadiran lebih 8000 pengunjung, pada kemarin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut Mohd Husaimi Hussin menzahirkan rasa syukur serta mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung terutamanya masyarakat di DUN ini yang telah menjadikan majlis hari raya yang diadakan itu penuh meriah.

"Terima kasih diucapkan kepada masyarakat setempat yang hadir memeriahkan lagi sambutan hari raya dan selalu memberikan sokongan setiap program yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Masyarakat (ADUN) Hulu Besut.

"Terima kasih juga diucapakan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung bagi menjayakan majlis sambutan yang amat bermakna ini.

"Semoga dengan program seperti ini dapat merapatkan lagi hubungan silaturahim diantara kita semua," katanya ketika ditemui pihak Urus Setia Penerangan Darul Iman di majlis berkenaan yang diadakan di Dewan Terbuka Dato'Seri Hj Idris Jusoh, Kampung Darau, di sini.

Majlis yang diadakan di Dewan Terbuka Dato Seri Hj Idris Jusoh Kampung Darau berlangsung dalam keadaan lancar bermula pada jam 11.00 pagi dan berakhir pada jam 3.00 petang.


Tag: