• 19 Apr 2024 | 10 Syawal 1445

ADUN Batu Buruk Raikan Peniaga Kecil

KUALA TERENGGANU, 22 Januari – Seorang peniaga di Pantai Batu Buruk, Faridah Kasim, 39, telah menerima sumbangan sebuah kanopi daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi. 

Sumbangan tersebut telah diserahkan sendiri oleh Ustaz Muhammad Khalil yang turun bertemu mata dengan Puan Faridah di tempat beliau berniaga, kelmarin.

Menerusi satu hantaran di laman Facebook ADUN Batu Buruk itu, beliau menyatakan sumbangan itu telah diberikan bagi memudahkan urusan perniagaan Faridah. 

“Alhamdulillah, saya bersyukur sangat dengan sumbangan ini dan saya boleh teruskan perniagaan saya di sini,” kata Puan Faridah ketika ditemu bual pemberita. 

Beliau yang merupakan seorang ibu tunggal telah berniaga selama 11 tahun dengan jualan ayam goreng, keropok goreng dan air minuman. 

Turut hadir pada pertemuan tersebut ialah wakil daripada pihak Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Pantai Batu Buruk, Puan Hadida Jauhari.