• 29 Apr 2024 | 20 Syawal 1445

ADUN Batu Rakit Santuni Petugas Barisan Hadapan

KUALA NERUS, 24 Mac - Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit bersama NGO Sahabat Cakna menyantuni petugas barisan hadapan di daerah ini sempena program singgah sahur.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail berkata, program itu bermula pukul 3 pagi di Balai Polis Batu Rakit.

"Kemudian kita bergerak menemui pengawal keselamatan di sekolah, Klinik, jurujual Kedai Serbaneka Seven E serta penjual burger.

"Ini adalah untuk menghargai segala usaha penat lelah pasukan barisan hadapan yang bekerja siang dan malam.

"Kita berikan sedikit sumbangan juadah bersahur bagi menghargai jasa dan pengorbanan mereka," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) di sini semasa program berkenaan.

Dalam program tersebut, sebanyak 100 bungkusan makanan diserahkan kepada 'frontliners' terbabit.


Tag: