Terengganu, TNB Genco Meterai Perjanjian Optimum Sumber Hidro
ADUN Kuala Besut Agih 8000 Kotak Kurma Semarakkan Ramadan
BESUT,6 Mac – Bagi memaknai Ramadan pada kali ini sekali gus menyemarakkan bulan yang penuh keberkatan ini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Azbi Salleh telah mengagihkan sebanyak 8000 kotak kurma kepada 37 Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) setempat.
Katanya, inisiatif yang dijalankan itu bagi memastikan kurma itu dapat diagihkan kepasa setiap penduduk kampung di Kuala Besut bagi memastikan Ramadan dapat disambut dengan penuh keberkatan.
"Buah kurma adalah simbolik kepada bulan puasa dan diharapkan dengan pengagihan ini akan dapat membantu meringankan beban penduduk kampung dalam menyediakan juadah untuk berbuka puasa.
"kami ingin memastikan setiap keluarga di Kuala Besut ini dapat menikmati bulan yang penuh keberkatan ini dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran,"ujarnya.
Beliau berkara demikian pada majlis pengagihan kurma tersebut di Dewan Sivik Kampung Baharu, di sini, hari ini.
Dalam pada itu Azbi turut menekankan akan pentingnya jalinan kerjasama antara pihak kerajaan dan masyarakat agar apa jua yang dirancang untuk manfaat rakyat akan dapat dilaksanakan dengan sempurna.
"Dengan langkah ini, diharapkan semangat kebersamaan dan saling membantu dalam kalangan masyarakat dapat diperkukuhkan, serta menjadikan bulan Ramadan sebagai waktu untuk memperbanyakkan amal dan kebaikan.
"Saya berjanji akan terus berusaha untuk memastikan kebajikan rakyat sentiasa terjaga dan akan melaksanakan lebih banyak program seumpama ini di masa hadapan,"ujarnya.