• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

Aeronautik Ibnu Firnas Mengujakan Isteri MB


Isteri Menteri Besar, Tuan Faizah Tuan Ab Rahman teruja dan gembira dengan wujudnya Galeri Aeronautik Ibnu Firnas di Sekolah Kebangsaan Gong Nangka, Marang, baru-baru ini.i sini, Add caption

Oleh : Aziz Hambali

 MARANG, 5 Januari - Isteri Menteri Besar, Tuan Faizah Tuan Ab Rahman teruja dan gembira dengan wujudnya Galeri Aeronautik Ibnu Firnas di Sekolah Kebangsaan Gong Nangka, di sini, ketika mengikuti program lawatan mahabbah, baru-baru ini.

Guru penyelarasnya, Syed Hasan Syukri Tuan Hadi berkata, dengan wujudnya program aeronautik ini, guru boleh memotivasikan anak yang belajar di situ bagaimana untuk menjadi seorang juruterbang.



“Usaha ini adalah sebagai strategi serampang dua mata kepada pembelajaran Bahasa Inggeris dengan aplikasi strategi pengajaran 'content-based learning' di samping pengajaran asas Sains Fizik dan Matematik menggunakan tema dunia penerbangan,” katanya.

Syed Hasan berkata, bagi memastikan aktiviti kelab itu dapat berjalan dengan lancar, pihak sekolah mendapat khidmat nasihat teknikal daripada seorang juruterbang dan seorang jurutera dari sebuah syarikat penerbangan antarabangsa.

Menurutnya, semua ahli kelab dipanggil kadet itu akan memakai uniform juruterbang pada sesi aktiviti kelab setiap Selasa, selain mengikuti program di luar dan berpeluang untuk "naik pangkat" berdasarkan ujian teori penerbangan yang diadakan serta ujian simulator.

“Kita mendapat khidmat nasihat teknikal daripada tiga orang profesional dalam bidang penerbangan, iaitu seorang juruterbang berpangkat kapten dan seorang jurutera simulator penerbangan dari syarikat penerbangan Qatar Airways,” katanya.

Sehubungan dengan itu, seorang jurutera simulator akan menasihati ahli kadet dari aspek kejuruteraan dan teknologi simulasi serta seorang krew kabin daripada syarikat penerbangan MAS airline's juga turut menasihati dalam aspek perkhidmatan kabin.

Malah katanya, ahli kelab diberikan ujian berkala merangkumi teori penerbangan, prinsip sains berkaitan penerbangan, matematik bertema penerbangan, pengetahuan asas komponen pesawat dan pengetahuan am dengan sebahagian soalan dalam bahasa Inggeris.

Syed Hasan berkata, ketika ini seramai 18 orang terdiri daripada murid Tahun Empat dan Enam dipilih khusus berdasarkan merit yang cemerlang dalam akademik, sahsiah dan minat yang mendalam.

Sebelum itu, Guru Besar, Sukni Hisham sangat berbesar hati dan teruja jika Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dapat hadir serta melihat sendiri Galeri Aeronautik Ibnu Firnas di sekolah berkenaan.

Tag: