• 12 Mei 2024 | 4 Zulkaedah 1445

Agihan Daging Korban Utamakan Golongan Asnaf


Oleh : Adli Mohamad.

DUNGUN- Ibadah korban yang dilakukan serta dikhususkan pada Hari Raya Aidiladha akan lebih bermakna  sekiranya daging agihan korban itu dipastikan agihan sampai pada Asnaf yang memerlukan.

Penyelaras Dewan Undangan Negeri ( DUN ) Bukit Besi menyifatkan Ibadah korban akan dapat mendidik jiwa Umat Islam akan lebih prihatin dan lebih kasih kepada golongan yang memerlukan.

"Mereka sudah tentu sukar untuk menikmati akan kelazatan dan keenakan daging lembu atau kambing sebagaimana mereka yang mampu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Agihan Daging Korban di Surau Seren, Bukit Besi pada Rabu 22 Ogos.

Menurutnya, di antara hikmah melakukan sembelihan korban yang dilakukan oleh umat Islam di seluruh dunia dapat memperlihatkan serta menzahirkan Islam islam adalah agama yang mengajar penganutnya agar saling sayang meyanyangi diantara sesama umat Islam.

" Sudah tentu akan terlahir rasa syukur kepada penerima dan bertambahlah pahala bagi orang yang memberi diatas keikhlasanya," katanya.

Beliau turut menambah Ibadah Korban yang dilakukan setahun sekali itu biarlah bererti jangan hanya daging itu berlegar sesama ahli keluarga dan sanak-saudara yang mempunyai kemapuan, adalah lebih baik jika ianya benar-benar sampai kepada yang memerlukan, " katanya.

"Bagi memastikan daging ini benar-benar sampai kepada asnaf,

"Kita telah mempunyai data e-Kasih dalam simpanan, di mana kita semak data tersebut untuk kita agihkan kepada mereka," ucapnya.

Beliau berharap agar pada tahun akan datang penyertaaan korban akan lebih bertambah agar agihan akan dapat dilakukan dengan menyeluruh dan jumlah yang diagihkan akan semakin bertamabah," ucapnya lagi.

Tag: