• 07 Mei 2024 | 28 Syawal 1445

AHM Manggo A Julang Piala Ketua Pemuda PAS Kawasan Dungun



Oleh: Mohd Asraf

Dungun, 16 Februari - Pasukan AHM Manggo A muncul juara Kejohanan Futsal Piala Ketua Pemuda PAS Kawasan Dungun yang berlangsung di Beach Court Futsal, Dungun.

Kejayaan itu dicapai selepas AHM Manggo A menumpaskan ED United 2-1 pada perlawanan akhir sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000 dan medal sementara tempat kedua pula membawa pulang RM1,000 dan medal.

Tempat  ketiga dan keempat disandang oleh Teluk Lipat A dan Lembah A dengan membawa pulang RM500 serta medal.

Hadiah disampaikan Ketua Pemuda PAS Kawasan Dungun, Mohd Fadhli Rahmi yang hadir merasmikan majlis penutup kejohanan terbabit.

Mohd Fadhli berkata, sebanyak 58 pasukan daripada seluruh Terengganu menyertai kejohanan tersebut yang berlangsung selama dua hari bermula 14 Februari lalu.


“Penganjuran kejohanan ini secara tidak langsung dapat memastikan diri kita sentiasa terbabit dalam program berbentuk kesukanan dalam usaha meningkatkan kecergasan fizikal dan mental.

“Ada pepatah arab menyatakan, akal yang sihat datang dari badan yang sihat. Maka kita diharuskan untuk bersukan,” katanya.

Tambah beliau, dengan kejohanan itu dapat mengeratkan hubungan sesama pemain serta mencungkil bakat baharu yang mempunyai kebolehan bermain futsal.

Dalam perlawanan antara kedua pasukan itu, nyata sengit apabila kedua duanya berbalas serangan dan asakan dari awal hingga akhir perlawanan.

AHM Manggo A mendahului 2-0 pada separuh masa pertama namun pasukan ED United cuba merapatkan jurang kedudukan pada babak kedua dan berjaya menghasilkan gol.

Meskipun asakan bertali arus dari pasukan ED United namun tiada jaringan dihasilkan sehingga ke tiupan wisel penamat.

Tag: