• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Ahmad Samsuri Rakam Takziah Kepada Keluarga Azizulhasni

KUALA TERENGGANU, 31 Januari - Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Jaguh Berbasikal Trek negara Dato' Azizulhasni Awang atas pemergian ayah tercinta.

Bapa Azizulhasni, Allahyarham Awang Embong dilaporkan meninggal dunia awal pagi tadi.

Dalam catatan di Facebooknya, Ahmad Samsuri mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan bersama golongan yang beriman.

"Takziah saya ucapkan buat keluarga Dato' Azizulhasni Awang atas pemergian bapa tercinta.

"Moga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh," ujar beliau.


Tag: