lightning-solid
Berita :
Air Pasang Besar Dijangka Landa Pesisir Terengganu Hingga 31 Disember
Air Pasang Besar Dijangka Landa Pesisir Terengganu Hingga 31 Disember
Mastura Jamal Din
14 jam yang lepas
714

KUALA TERENGGANU, 26 Disember -  Fenomena air laut pasang besar dijangka berlaku di sepanjang pesisir pantai Terengganu bermula 24 hingga 31 Disember ini, sekali gus meningkatkan risiko limpahan air dan banjir setempat di beberapa kawasan rendah serta muara sungai.

Menurut makluman berdasarkan data dan rekod stesen cerapan Pusat Hidrografi Nasional, paras air laut yang tinggi berpotensi menghalang aliran keluar air sungai ke laut, terutama sekiranya berlaku hujan serentak sepanjang tempoh berkenaan.

Keadaan itu boleh menyebabkan limpahan air ke kawasan sekitar, khususnya di penempatan berhampiran pesisir pantai, muara sungai dan kawasan bertanah rendah yang dikenal pasti sebagai lokasi berisiko.

Sehubungan itu, semua agensi berkaitan diminta berada dalam keadaan siap siaga serta meningkatkan pemantauan di kawasan ‘hotspot’ masing-masing bagi memastikan sebarang kejadian dapat ditangani dengan segera.

Orang ramai yang tinggal di kawasan terlibat juga dinasihatkan supaya berwaspada dan sentiasa mengikuti perkembangan semasa yang akan dimaklumkan dari semasa ke semasa oleh pihak berkuasa.


Tag :

Artikel Berkaitan