lightning-solid
Berita :
Akta Pendanaan Politik: Ahli Parlimen Besut Mahu Jaminan Pelaksanaan Adil
Akta Pendanaan Politik: Ahli Parlimen Besut Mahu Jaminan Pelaksanaan Adil
Mohd Hafiz Azrin Abdul Razak
8 jam yang lepas
113

KUALA LUMPUR, 28 Januari - Ahli Parlimen Besut, Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh, meminta jaminan kerajaan bahawa pelaksanaan Akta Pendanaan Politik, apabila digubal kelak, akan dilaksanakan secara adil dan tanpa diskriminasi terhadap semua parti politik, termasuk pihak pembangkang.

Beliau mengemukakan perkara itu dalam sesi pertanyaan kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi),  M. Kulasegaran ketika persidangan Dewan Rakyat.

“Saya nak pastikan sama ada kerajaan boleh beri komitmen untuk berlaku adil kepada semua parti politik dan tidak menjadikan akta ini sebagai alat terhadap pembangkang,” katanya.

Menurutnya, ketiadaan mekanisme kawal selia yang jelas berisiko membuka ruang kepada penyalahgunaan kuasa serta amalan membeli pengaruh, khususnya melibatkan sumbangan daripada kontraktor yang aktif dengan kerajaan.

Beliau turut mencadangkan agar sumbangan daripada syarikat luar negara tidak diterima bagi mengelakkan pengaruh asing dalam politik tempatan.

image.jpeg 188.79 KB
Menjawab pertanyaan tersebut, Timbalan Menteri memaklumkan bahawa usaha menggubal undang-undang berkaitan pendanaan politik kini masih dalam penelitian Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JKPK) dan melibatkan pelbagai pihak berkepentingan.

Kerajaan, katanya, mengambil maklum cadangan yang dikemukakan dan akan meneruskan usaha ke arah mewujudkan kerangka pendanaan politik yang telus dan berintegriti.



Tag :

Artikel Berkaitan