• 16 Apr 2024 | 7 Syawal 1445

Amanah Raya Berhad Agih Zakat Kepada Asnaf

KUALA TERENGGANU, 15 Februari – Seramai 24 orang golongan asnaf dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk menerima Bantuan Zakat Wakalah Amanah Raya, semalam. 

Agihan bantuan tersebut telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi dalam satu majlis yang diadakan di Balairaya Kampung Mengabang Tengah. 

Kata, Ustaz Muhammad Khalil, bantuan itu mampu memberi sedikit kepada rakyat untuk hidup dengan lebih selesa.

"Kerajaan Negeri Terengganu sentiasa menekankan soal kebajikan rakyat khususnya melibatkan golongan asnaf.

"Namun dalam menyelesaikan masalah kemiskinan yang melibatkan golongan asnaf ini, ia bukan sahaja tanggungjawab kerajaan tetapi ia merupakan tanggungjawab bersama,” kata Ustaz Muhammad Khalil dalam ucapannya. 

Turut hadir dalam majlis itu Pengurus Wilayah Timur Amanah Raya, Tuan Noraizan Tuan Long, wakil Parlimen Kuala Terengganu, Tuan Ngah Tuan Ahmad dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK) Mengabang Tengah, Wan Ismail Wan Ngah.

ADUN Batu Buruk menyampaikan ucapan

Tambah beliau lagi, badan bukan kerajaan atau syarikat-syarikat besar boleh mengeluarkan zakat untuk membantu dan dimanfaatkan oleh golongan asnaf ini.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak Amanah Raya Berhad kerana memilih DUN Batu Buruk untuk kali ini,” ujar beliau lagi. 

Terdahulu bantuan zakat ini telah diadakan di beberapa kawasan dalam Negeri Terengganu iaitu DUN Pengkalan Berangan dan Kuala Berang.
 

Penerima Bantuan Zakat Wakalah Amanah Raya