lightning-solid
Berita :
Amaran Banjir: Beberapa Kawasan di Setiu Berisiko Dinaiki Air
Amaran Banjir: Beberapa Kawasan di Setiu Berisiko Dinaiki Air
Mastura Jamal Din
26 Nov 25
42

KUALA TERENGGANU, 26 November – Beberapa kawasan di sekitar Sungai Setiu, Sungai Nerus, Sungai Chalok, Sungai Pelong dan Sungai Guntung kini berada dalam keadaan berjaga-jaga berikutan peningkatan paras air yang dikesan menerusi pemantauan berterusan pihak berkuasa.

JPS dalam satu  kenyataan di laman Facebook rasminya memaklumkan, situasi semasa menunjukkan paras air di beberapa sungai utama di daerah ini berpotensi melepasi tahap amaran dalam masa terdekat sekiranya hujan berterusan.

Antara kawasan yang dikenal pasti berisiko di Sungai Setiu termasuk Lendut Toknab, Kampung Ulu Seladang, Kampung Padang, Kampung Besut, Kampung Che Long dan Kampung Buluh Hulu.

Di Sungai Nerus, kawasan terlibat ialah Kampung Merbau Menyusut, Kampung Bukit Nenas, Kampung Kasar, Sekolah Menyusut dan Kampung Bukit.

Sementara itu, Sungai Chalok melibatkan Kampung Lubuk Panjang, Kampung Gong Terap dan Kampung Bukit Moksom.

Dalam masa sama  Sungai Pelong membabitkan Kampung Tanjung dan Kampung Tok Nandong.

Bagi Sungai Guntung, Kampung Che Mohid turut berada dalam senarai kawasan berisiko.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan terbabit dinasihatkan meningkatkan kewaspadaan, melakukan persediaan awal dan memantau perkembangan semasa dari semasa ke semasa.

Pihak berkaitan juga digesa mengaktifkan pelan tindakan kecemasan sekiranya berlaku limpahan air bagi memastikan keselamatan penduduk dapat dipertahankan.



Tag :

Artikel Berkaitan